Pengenalan

Nama blog ini iaitu PERMATA AULAD adalah gabungan daripada dua perkataan PERMATA dan AULAD. Perkataan PERMATA adalah diambil daripada Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak (PERMATA). PERMATA ialah satu dasar komprehensif berkaitan asuhan dan didikan awal kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah yang diberikan nama “Setiap Anak PERMATA Negara” digubal dan dijadikan landasan asas misi nasional membangunkan modal insan berjiwa murni dan berminda kelas pertama.Untuk makluman lanjut mengebai PERMATA boleh layari laman web berikut : http://www.permata.jpm.my/index.asp

Perkataan AULAD diambil daripada Bahasa Arab merupakan kata ‘jama’(plural) daripada perkata ‘walad’ bermaksud kanak-kanak. Perkataan ini sering disebut dan digunakan dalam Al-Quran dan tokoh-tokoh Islam/Arab dalam karangan kitab-kitab mereka berkaitan pendidikan kanak-kanak ini menurut pandangan Islam. Antara kitab termasyhur adalah kitab TARBIYATUL AWLAD FIL-ISLAM karangan Syeikh Abdullah Nasih Ulwan dan disarankan agar setiap ibu bapa Muslim mempunyai buku ini di rumah untuk rujakan dan panduan bagi pendidikan anak-anak. Alhamdullillah, bagi mereka yang kurang memahami bahasa Arab, buku ini ketika ini telah diterjemahkan dalam bahasa Melayu oleh Pustaka Nasional Pte.
Buku ini memberi petunjuk yang berkesan dan terperinci bersumber daripada Al-Quran dan Hadis. Kandungannya bertolak dari permulaan manusia mencari pasangan suami atau isteri, perkahwinan dan kemudian pembangunan keluarga dan penjagaan anak dari kecil hingga dewasa mengikut tuntunan syarak agar mencapai keredhaan Allah dan Rasul-Nya.

Objektif Blog
· Perkongsian maklumat keibubapaan dan pendidikan awal kanak-kanak.
· Meningkatkan kemahiran, ilmu dan pengetahuan dalam pendidikan awal kanak-kanak.
· Mendapatkan pandangan pakar dalam bidang berkaitan pendidikan awal kanak untuk dikongsi bagi manfaat bersama.
· Gerbang interaksi dan rujukan bagi pendidikan kanak-kanak dan keibubapaan.


Ahli Blogger :
( Photo ) Puan Rahayu bt Mangsor, seorang isteri dan seorang ibu yang memberi pendidikan terbaik buat anaknya yang bernama.. aisyah..

(Photo ) En. Nurul Anuar b Jamasan, seorang Pegawai Sumber Manusia seorang bapa kepada 2 orang putera. Juga seorang pelajar sarjana pendidikan awal kanak-kanak. Bertekad untuk mendalami ilmu pendidikan kanak-kanak ini agar dapat memberi pendidikan anak-anak berlandaskan cara hidup dan kaedah pendidikan Islam.

( Photo ) Puan Putri Afzan, bakal seorang ahli akademik profesional dan pakar dalam bidang sains kognitif. Kini sedang melanjutkan pengajian peringkat Ph.D di Sussex University dan sedang menjalankan kajian bertajuk 'Exploring Cognitive Measures in Writing' bagi peringkat Ph.D. Seorang ibu kepada 2 orang anak. Berazam memahami dan mendalami ilmu moden dalam pendidikan awal kanak-kanak untuk dipraktikkan di negara ini.

Panel Penasihat
Kami di PERMATA AULAD akan akan memaparkan kajian/penulisan daripada mereka yang terlibat dalam pendidikan kanak-kanak ini. Pihak kami akan cuba juga mendapatkan pandangan dan maklumbalas daripada para pembaca dan pengunjung blog ini untuk diajukan pada panel seperti disenaraikan di bawah ini.
1. Y. Bhg Prof Dr. Kamarul Zaman ; Psikologi Perkembangan
2. Y. Bhg Prof Dr Mahzan : Literasi/bacaan Kanak-kanak
3. Dr Mahani - Psikologi Kanak-kanak
4. Dr. Mastura Badzis - Pensyara UIAM
5. Dr Aziziah Lebai Nordin -
6. Puan Mazlina Musa
7. Puan Aisah.. montenssory
8. Hasrol Fizikal Terapi
9. Siti Rokiah – Terapi pertuturan

Majalah Keibubapaan dan Pendidikan Awal kanak-kanak
· Pa & Ma :
· Parenthood
·
Laman web berkaitan pendidikan awal kanak-kanak yang disyorkan :
1. www.geniusaulad.com.my
2. http://anakkusayang.com/v5/
3. http://www.al-habib.info/